|
Mungkin ini takdir aku
Sunday, October 27, 2013 | 9:57 PM | 2 comments
Assalamualaikum.
aku sayang kau..sangat-sangat. tapi kenapa kau buat macam ni dekat aku? aku membosankan ye? hurmm..takpe..mungkin kau bukan milik aku. Sekurang-kurangnya Allah dah tunjuk perangai kau yang sebenar. ye..mungkin pada mata aku dengan kawan aku kau baik. baik sangat, sampai kami ni terlalu buta untuk melihat satu penipuan kau. aku tau yang semua manusia pernah buat silap dan selalu buat silap. nobody's perfect.
Tapi..aku tertanya-tanya perlukah aku memberitahu kawan aku tu tentang diri kau yang sebenar. aku buntu. kalau aku beritahu, macam-macam boleh berlaku. kita tak tahu yang dia lebih mempercayakan kau, abang angkat dia atau aku, kawan baik dia. Perlukah aku memberitahu?
Dulu kau suruh aku ingat kata-kata kau. " ingatlah, walau apapun terjadi saya tetap sayangkan awak". and now! what happened? kau tinggalkan aku bersama kesedihan. ya, mungkin aku tak tunjuk yang aku tengah sedih...tapi dalam hati aku ni masih punya perasaan. lagipun, I've told you that I like you and you're my crush. walaupun cuma crush...aku tetap menunggu kau. tapi apa yang aku dapat pada akhirnya? heartbreak.
selama ni aku bahagia sangat, kau muncul dalam hidup aku. tak terucap. aku selalu rindukan kau. seminggu sekali mesti text dengan kau. aku tau kau suka ice cream and sneakers. aku faham yang kau busy, aku faham yang kau perlukan teman,baru kau boleh tidur. tapi aku terlalu rindukan kau yang dulu, yang sentiasa text aku pagi-pagi buta untuk ajak aku solat sunat tahajud. sentiasa teman aku berpuasa walaupun bukan bulan puasa. selalu kata aku kejam, selalu panggil aku kanak-kanak ribena, selalu mengalah dengan aku.
tapi disebalik semua tu, aku terlalu buta. buta mata dan hati. buta mata kerana terlalu mempercayai kau, dan buta hati kerana terlalu menyayangi kau. entah. apa yang aku fikirkan. setelah sekian lama, aku mula curiga dengan kau. balas mesej pendek-pendek. serasa macam kau bosan mesej dengan aku. aku cuma fikir mungkin kau penat dan busy.
kau tau tak aku penat! aku terlalu penat untuk semua ni. pada haritu aku ingat kau pergi sekolah. tetiba petang tu kau online dan tulis status yang kau menghidap sejenis penyakit. aku mesej kau. jaga diri dan kesihatan. aku risaukan kau. terlalu risau. aku takut kalau-kalau terjadi apa-apa pada kau. hurmm...aku sayangkan kau.
aku tak faham. selama sebulan setengah kau bohongi aku. dari bulan puasa kan? bila aku tanya yang kau sukakan budak tu ke tak, kau cuba untuk tukar topik. kenapa? kenapa kau tak cakap je dekat aku yang dia girlfriend kau selama ni?! beberapa kali aku tanya...tapi jawapan kosong je yang aku dapat. Allah tu Maha Berkuasa. dan Dia telah tunjuk dekat aku siapa budak tu pada kau. aku kecewa. aku sakit hati. aku sedih. tapi aku kuat...benda remeh seperti ini bukan penghalang bagi aku untuk lemah dan kecundang. tidak sama sekali. Bila kau bergaduh dengan si dia, kau datang dekat aku. kenapa? kau cakap dia tak faham perasaan kau..tapi adakah kau faham perasaan aku selama ni?
sekarang, kau betul-betul berubah.adik kau terlalu rindukan kau. sebenarnya aku faham perasaan dia..tapi siapa yang nak fahamkan perasaan aku?
so, aku cuma taip setakat ini je. aku taip tanpa perasaan. ye. semua dah hilang. kenapa aku perlu bersedih kan? benda dah jadi dan dah ditentukan oleh Allah S.W.T. mungkin ini sudah jadi takdir aku untuk kehilangan kau.
Note: kita sebagai manusia biasa tak perlu percayakan sesiapa walaupun dia sahabat baik kita. yang penting kita percaya diri sendiri dan percaya bahawa semua yang Allah aturkan itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Assalamualaikum. |